Pencarian Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2025 Kini Dibuka.


Oleh : Mr Pai 

Pencarian Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2025 Kini Dibuka!

Tuaran, 26 Februari 2025 – Pencarian ratu kebanggaan masyarakat Kadazan Dusun Murut Rungus (KDMR) kembali lagi! Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Tuaran 2025 kini membuka pendaftaran bagi para sumandak dari Tuaran, Tamparuli, dan Kiulu yang ingin mencuba nasib merebut gelaran berprestij ini.

Tiga gelaran utama bakal dipertandingkan:
👑 Unduk Ngadau Tuaran
👑 Unduk Ngadau Tamparuli
👑 Unduk Ngadau Kiulu

Pendaftaran telah dibuka secara online bermula 22 Februari hingga 8 Mac 2025. Para peserta yang berminat boleh mengisi borang menerusi pautan rasmi:
👉 https://forms.gle/tmenw2nYYLgGTuFx7

Sesi pendaftaran dan pemilihan Top Finalis akan berlangsung seperti berikut:
📅 Tarikh: 14 Mac 2025 (Jumaat)
⏰ Masa: 8:00 Pagi
📍 Lokasi: Dewan Seri Sulaman, Tuaran

Warisan Budaya dalam Pertandingan Unduk Ngadau

Unduk Ngadau bukan sekadar pertandingan kecantikan, tetapi juga satu penghormatan kepada legenda Huminodun, simbol pengorbanan dan kasih sayang dalam budaya Kadazan Dusun.

Para peserta akan dinilai berdasarkan keanggunan, keperibadian, pemahaman tentang budaya, serta kebolehan mereka dalam mengangkat martabat warisan suku kaum masing-masing.

Peluang Menyerlah di Peringkat Negeri

Pemenang bagi setiap kategori akan mewakili daerah mereka dalam Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Negeri Sabah 2025, yang akan diadakan sempena Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, KDCA, Penampang pada Mei nanti.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
📞 Gail – 012-845 3254

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dan memartabatkan budaya kita! Kotohuadan, Palad-palad, Pounsikou, Bayahan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.