Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.

Oleh : Mr Pai / FOTO : Terbuka.


Wanita GRS Lumadan semakin memperkukuh kedudukan selepas berjaya menamatkan Siri Taklimat Gerak Kerja Jentera Wanita di kesemua 13 daerah mengundi (PDM) yang berlangsung dari 3 hingga 5 Oktober lalu.

Antara PDM yang terlibat ialah Lingkungan, Lumadan, Bukau, Weston, Lubok, Padas Valley, Beaufort Selatan, Lupak, Gadong, Suasa, Kabajang, Bangkalalak dan Padas Damit.

Menurut YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap ADUN N.34 Lumadan, kejayaan penganjuran siri taklimat ini membuktikan kesungguhan dan kesediaan sayap wanita dalam memperkukuh struktur organisasi serta memastikan jentera parti di setiap peringkat berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

“Saya amat berbangga dengan komitmen dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh seluruh jentera wanita PBS dan PGRS. Mereka bukan sekadar penggerak di belakang tabir, malah menjadi tenaga utama dalam memastikan perjuangan dan mesej parti sampai ke setiap pelusuk Lumadan,” ujar Ruslan.



Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penyelaras, pemantau, serta ketua wanita di peringkat kampung yang memainkan peranan besar dalam menjayakan taklimat di setiap PDM.

“Kerjasama erat antara Wanita PBS dan PGRS ini adalah bukti kekuatan sebenar Lumadan. Apabila wanita bergerak seiring dan sehaluan, jentera kita menjadi lebih tersusun, mantap dan berkesan,” tambahnya lagi.



Siri taklimat selama tiga hari ini bukan sekadar sesi penerangan, tetapi menjadi medan penyelarasan strategi, pengukuhan semangat, dan pembinaan disiplin organisasi yang akan memacu jentera wanita Lumadan menghadapi pelbagai program akar umbi pada fasa seterusnya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.