USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.
USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN
Sejak diberi kepercayaan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi DUN N34 Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam telah komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan yang memberi impak positif kepada masyarakat setempat. Dengan pendekatan yang proaktif, beliau telah memastikan pembangunan infrastruktur, kebajikan rakyat, dan kemudahan asas ditambah baik demi kesejahteraan rakyat.
---
PEMBINAAN DAN PENAMBAHBAIKAN INFRASTRUKTUR
1. Dewan Perpaduan DHRM: Pusat Aktiviti Masyarakat
Sebanyak tujuh Dewan Perpaduan Datuk Haji Ruslan Muharam (DHRM) telah siap dibina dan kini menjadi pusat aktiviti masyarakat:
1. Dewan Perpaduan DHRM Klinik Kesihatan Padas Damit – Menyediakan ruang untuk program kesihatan dan komuniti.
2. Dewan Perpaduan DHRM Kampung Karangan – Memberi manfaat kepada lebih 800 penduduk.
3. Dewan Perpaduan DHRM Kampung Mentulud – Menyediakan tempat bagi program kemasyarakatan.
4. Dewan Perpaduan DHRM Sekolah Agama Negeri (SAN) Gadong – Memudahkan aktiviti pendidikan dan keagamaan.
5. Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lupak – Menjadi pusat pelbagai aktiviti sosial dan komuniti
6. Dewan perpaduan pusat DHRM kg lago pusat pelbagai aktiviti mesyarakat dan komuniti .
7. Dewan perpaduan DHRM kg lawa. Pusat pelbagai aktiviti mesyarakat dan komuniti.
Selain itu,2 lagi dewan terbuka dan 3 buah dewan DHRM akan di naik taraf dengan kos RM 900 ratus ribu sedang dalam perancangan dan dijangka mula dibina pada awal April 2025
2. Naik Taraf Klinik Kesihatan
Klinik Kesihatan Pekan Weston – Dibina semula bagi meningkatkan kapasiti dan kualiti perkhidmatan kesihatan.
Klinik Kesihatan Lingkungan – Dinaik taraf bagi memberi keselesaan kepada pesakit dan kakitangan.
Lain itu 2 buah lagi bangunan klinik kesihatan akan di bina di kg lupak. 1 buah bangun klinik kesihatan ibu dan anak akan di bina di pekan weston akan 2025
3. Pembangunan Ekonomi Tempatan
Pekan Baru Weston – Pembinaan 12 unit kedai baharu sebagai pusat pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
Pembinaan 1 buah dewan terbuka temu desa di kg padas damit
Salain itu 8 unit kedai akan d bina di kg padas damit 2025
Sebuah dewan terbuka temu desa akan d bina di kg bangkalalak 2025
4. Penambahbaikan Infrastruktur Jalan Raya
Projek jalan aspal dan konkrit telah siap di beberapa kampung, termasuk:
Kg Majabai
Kg Selinsing Tebok
Kg Indumadi
Laluan dari Kg Kapawa ke Kg Naparan
Dan banyak jln2 kongrit di kg2 sudah di bina
Salain itu banyak lagi jln kongrit akan di bina 2025
---
PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT
1. Projek Perumahan
Rumah SMJ: 80 unit rumah untuk golongan kurang berkemampuan.
Rumah MDB: 12 unit rumah untuk keluarga yang kehilangan tempat tinggal.
Rumah MARA: 30 unit rumah bagi membantu golongan miskin.
Rumah SLDB: 20 unit rumah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat di kawasan pertanian.
Baik Pulih Rumah: 250 unit rumah telah dibaik pulih bagi memastikan rakyat tinggal dalam keadaan lebih selesa.
2. Penyelesaian Isu Bekalan Air
Kg Mentulud: Projek penyambungan dan naik taraf sistem paip dilaksanakan bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air bersih secara berterusan.
Zon Suasa: Masalah bekalan air diselesaikan di enam kawasan jkkk
Zon Bangkalalak: Bekalan air dipulihkan di tiga kawasan jkkk
Zon Padas Damit: Sembilan kawasan jkkk mendapat akses kepada bekalan air bersih.
Kg Kapawa: Dua kawasan jkkk menerima penyelesaian isu bekalan air.
3. Peningkatan Akses Telekomunikasi & Internet
Pembinaan Menara Telekomunikasi di:
Zon Bangkalalak
Zon Kabajang
Kg Labi
Kg Karangan
Projek Penyambungan Internet di kawasan yang sebelum ini mengalami masalah liputan:
Jalan Suasa
Jalan Bangkalalak
Jalan Bintuka
Jalan Tamalang Along Bukau
Laluan dari Jalan Kangsa ke Kg Jabang
MASJID/SURAU
Dua buah surau talah siap di bina baru
Kg barumbai
Kg kangsa
Dan banyak masjid dan surau talah d naik taraf pamasangan kerpit lantai 2024
Salain itu sebuah masjid baharu dan dua buah surau bina baru akan di bina 2025
1. Kg kukup masjid
2. Kg lago surau
3. Kg sukai padas damit surau
PENYELESAIAN MENYELENGGARA BANJIR KILAT 2020-2024
1. Mendalam dan membesarkan sungai kg lumadan
2. Menjelenggara sungai api api malibat kan kg. Tamalang along , kg batu 6.1/2 lumadan kg Jaya baru lumadan, kg padas Viley dan kg bukau .
3. Menyelanggara sungai bukau membina binting di kg pulai manang.
4. Mendalam sungai lubok .
5. Mendalamkan sungai terusan teluk bubus ka sungai malalamin.
MENDAPAT KAN PENEMPATAN MILIK RAKYAT
1. Kg karangan 10 ekar dgn 17 buah rumah
2. Kg perpaduan weston 30 ekar
3. Kg padas damit 185 ekar
PENDIDIKAN
Telah menyediakan hadiah galakan kpd calon2 SPM STPM di tiga buah sekolah manengah dalam Dun N34 lumadan
1. Smk gadong
2. Smk bft lll
3. Smk weston
KEPRIHATINAN TERHADAP KEBAJIKAN RAKYAT
Gotong-royong – Program kebersihan berkala di kampung-kampung.
Ziarah & Bantuan – Lawatan serta pemberian bantuan kepada golongan OKU, warga emas, serta keluarga yang mengalami musibah.
Bantuan Banjir – Serahan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa kampung yang terjejas.
---
USAHA YANG DITERUSKAN
Sebagai wakil rakyat, YB Datuk Haji Ruslan Muharam terus komited menyuarakan pelbagai isu di Dewan Undangan Negeri Sabah demi kepentingan rakyat N34 Lumadan. Beberapa isu utama yang telah diperjuangkan termasuk:
1. Isu Bekalan Air – Memperjuangkan penyelesaian masalah air yang berlarutan di beberapa kampung seperti Kg Mentulud dan Kg Kapawa.
2. Pembangunan Infrastruktur – Memastikan jalan raya dan jambatan di kawasan luar bandar dinaik taraf.
3. Perumahan Rakyat – Memperjuangkan tambahan rumah PPRT dan SMJ bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
4. Isu Telekomunikasi – Memastikan kawasan luar bandar mendapat akses internet yang lebih baik.
5. Keselamatan Jalan Raya – Menyuarakan keperluan lampu jalan dan tanda amaran di kawasan berisiko tinggi.
---
IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI
Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan dan program yang sedang serta akan dilaksanakan di DUN N34 Lumadan, orang ramai boleh mengikuti laman Facebook rasmi DHRM.
Segala usaha dan perubahan yang telah dilakukan ini adalah bukti komitmen YB Datuk Haji Ruslan Muharam dalam memastikan "Lumadan Sejahtera" menjadi kenyataan.