Usahawan Muda Tempatan Berani Ceburi Dunia Dekorasi Moden.
Oleh : Mr Pai Bilal Afwa Home Decor rasmi beroperasi di Bandar Mingo, Beaufort BEAUFORT – Bilal Afwa Home Decor kini rasmi memulakan operasinya di Bandar Mingo, Beaufort, menandakan satu lagi kejayaan usahawan muda tempatan dalam industri hiasan dalaman dan perabot rumah moden. Perasmian disempurnakan oleh Datuk Haji Ruslan Muharam, Naib Presiden merangkap Ketua Bahagian PBS N.34 Lumadan, yang turut menyatakan sokongan penuh terhadap semangat keusahawanan generasi baharu. Menurut Ruslan, langkah berani seperti ini bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, malah menjadi inspirasi kepada anak muda di daerah Beaufort dan Lumadan untuk terus menceburi dunia perniagaan. “Saya sangat menghargai semangat keusahawanan seperti ini. Ia bukan sekadar membuka peluang ekonomi baharu, tetapi turut membina keyakinan bahawa anak tempatan mampu berdiri sama tinggi dalam industri yang kompetitif,” katanya dalam perkongsian di laman Faceb...