Sokongan Padu Rakyat Lumadan Cerminan Kepercayaan Terhadap Ruslan Muharam.

Oleh : Mr Pai 

Datuk Haji Ruslan Muharam menzahirkan penghargaan mendalam kepada rakyat Lumadan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diumumkan baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, beliau menulis:

“Terima kasih, Lumadan. Lima tahun kita hadapi suka dan duka bersama. Saya hanya manusia biasa tapi semangat rakyat Lumadan menjadikan segalanya bermakna.”


Ungkapan tersebut mencerminkan keikhlasan beliau dalam menilai perjalanan lima tahun khidmatnya bukan hanya dari sudut pembangunan fizikal, tetapi juga dari kekuatan hubungan dengan masyarakat di akar umbi.

Hantaran itu menerima sambutan luar biasa apabila bukan sahaja mendapat reaksi positif daripada pengundi Lumadan, malah turut dikongsi oleh ramai pengguna media sosial dari luar kawasan yang menzahirkan sokongan terhadap kepimpinan beliau.

Sambutan tersebut jelas mencerminkan penghargaan rakyat terhadap kepimpinan Datuk Ruslan yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat, sentiasa turun padang dan prihatin terhadap keperluan masyarakat.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau dikenali sebagai figura yang aktif dalam pembangunan prasarana, pengukuhan institusi agama, serta kebajikan komuniti setempat.

Dengan pembubaran DUN Sabah, tumpuan kini beralih kepada lembaran baharu politik negeri. Namun bagi masyarakat Lumadan, mesej penghargaan itu menjadi simbol hubungan erat antara Datuk Ruslan Muharam dan rakyat yang beliau pimpin.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.