Wanita GRS Lumadan Mantapkan Gerak Kerja Hadapi PRN17.

Oleh : Mr Pai / FOTO : FB Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah N34 lumadan 


Beaufort — Gerak kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) DUN N.34 Lumadan terus diperkukuh melalui pelaksanaan taklimat Gerak Kerja G10 yang diadakan di dua lokasi berasingan semalam ,masing-masing di Dewan Sri Dayang, Kg. Lumadan dan Balairaya Kg. Bukau.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah N.34 Lumadan, sesi taklimat tersebut disampaikan oleh Puan Dg. Surinah Mohd Karim, Setiausaha Wanita GRS Zon 3, dengan kehadiran Puan Letrenie Augustine, Ketua Penyelaras Wanita GRS DUN Lumadan.

Turut hadir beberapa pemimpin wanita gabungan parti GRS termasuk Puan Stephanie, Puan Mardiana, Cik Afirah, Puan Theo Chee Bee, serta Puan Aziela Ajak, mewakili kepimpinan Wanita PBS dan PGRS di kawasan Lumadan.

Program ini bertujuan memperkukuh koordinasi dan kesiapsiagaan jentera G10 di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17). Ia juga mencerminkan semangat perpaduan dan kesepakatan tinggi dalam kalangan jentera wanita GRS yang terus komited menjayakan agenda perjuangan di peringkat akar umbi.

Kekuatan dan kesepaduan ini menjadi bukti bahawa jentera wanita GRS Lumadan bukan sekadar tulang belakang, tetapi juga nadi penggerak kepada kejayaan kempen GRS di kawasan ini, seiring dengan matlamat untuk mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat Lumadan di bawah kepimpinan kerajaan negeri.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.