Ruslan Hargai Sokongan Dari Pelbagai Pihak.

Oleh : Mr Pai 

BEAUFORT: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, menzahirkan penghargaan atas sokongan moral yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk rakan karib beliau.

Dalam satu muat naik di Facebook, Ruslan berkongsi video kiriman sahabatnya, penyanyi legenda tanah air Wom (UG14) yang popular dengan lagu malar segar Bunga Larangan. Video tersebut jelas menunjukkan sokongan Wom yang bersolidariti bersama rakyat Sabah dalam tuntutan Justice for Zara.

Untuk rekod, UG14 merupakan kumpulan muzik terkenal era 1990-an yang sinonim dengan genre rock Malaysia, manakala Wom ialah vokalis utamanya. Lagu Bunga Larangan pernah menjadi fenomena sering diputarkan di radio, menjadi siulan anak muda dan sehingga kini kekal sebagai lagu wajib dalam setiap persembahan Wom.

Menurut Ruslan, sokongan yang diberikan mencerminkan bahawa hubungan akrab antara masyarakat dan insan seni tetap utuh dalam mengangkat nilai kebenaran.

“Solidariti ini adalah bukti bahawa artis, rakyat dan pemimpin Sabah berdiri bersama demi mencari keadilan buat Allahyarhamah Zara. Saya amat menghargai sokongan moral ini,” katanya di Facebook.


Sokongan tersebut sekaligus memperlihatkan keyakinan bahawa peranan pemimpin, masyarakat dan tokoh seni boleh bergabung dalam menyemarakkan semangat kebersamaan.



Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.