Bantuan Banjir Diutamakan Untuk Kawasan Terputus Hubungan.

Mr Pai 

Bantuan Banjir Diutamakan Untuk Kawasan Terputus Hubungan
Dua lokasi utama diberi keutamaan akibat banjir berpanjangan

Beaufort – Kawasan yang terputus hubungan jalan dan mengalami banjir berpanjangan di Lumadan menjadi tumpuan utama agihan bantuan makanan kepada mangsa banjir.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharam, berkata sebanyak 461 bakul makanan diagihkan bersama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, agihan dibuat di dua lokasi iaitu Dewan Kg Bangkalalak yang melibatkan enam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Dewan Perpaduan DHRM Kg Mantulud melibatkan tiga JKKK.

Ruslan berkata, dua kawasan itu diberi keutamaan kerana banjir berlanjutan hampir dua minggu dan menjejaskan akses jalan penduduk.

“Bagaimanapun kampung lain yang turut terkesan tidak akan diketepikan kerana bantuan akan disalurkan secara berperingkat,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan, sukarelawan, golongan belia, Pemuda PBS N.34 serta pemimpin masyarakat di Zon Bangkalalak yang berganding bahu menjayakan agihan tersebut.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga mangsa banjir, dan kita berdoa agar cuaca kembali baik serta air segera surut,” tambahnya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.