KPM dicadang wajibkan pelajar tandatangan ‘ Aku Janji’, bendung gejala buli di sekolah.


Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dicadang untuk mewajibkan semua pelajar menandatangani ‘aku janji’ bagi membendung gejala buli di sekolah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pendekatan itu dilihat mampu membantu mencegah kejadian buli di sekolah yang kini dilihat semakin membimbangkan.

Menurutnya, pelaksanaan ‘aku janji’ akan menjadi peringatan berterusan kepada pelajar supaya tidak terlibat dalam perlakuan buli.

“Ini sekali gus memberi keyakinan kepada ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka di sekolah.

“Kes buli bukan perkara baharu. Ia berlaku di banyak sekolah, cuma tidak semua dilaporkan atau didedahkan kepada umum. Aku janji ini mungkin mekanisme baharu yang mampu mengekang perbuatan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Doa Kesejahteraan dan Solat Hajat kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,13, di Masjid Pekan Beaufort di sini pada Khamis.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata demikian berkata demikian bagi mengulas susulan kes buli yang tular baru-baru ini, yang disifatkan sebagai mencetuskan trauma dan kebimbangan kepada murid, ibu bapa serta masyarakat.

Menurutnya, KPM turut digesa meneliti semula undang-undang sedia ada serta mempertimbangkan penggubalan Akta Anti-Buli di peringkat persekutuan, selaras dengan situasi semasa yang semakin berbeza berbanding dahulu.

“Penggubalan undang-undang ini penting supaya mekanisme pencegahan dan tindakan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, demi menjamin keselamatan pelajar,” katanya.

Terdahulu, lebih 500 umat Islam sekitar daerah ini hadir bagi mengimarahkan majlis itu.

Sumber Berita Asal : Borneo Times 

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.