BULI BUKAN BUDAYA KITA: PEMUDA PBS ZON BEAUFORT SELATAN SUARAKAN SOKONGAN TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA MANGSA.

Oleh : Mr Pai 


Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan tampil menyuarakan pendirian tegas menentang segala bentuk buli yang berlaku dalam masyarakat, khususnya melibatkan anak muda, sama ada di sekolah, tempat kerja, komuniti mahupun di media sosial.

Dalam satu kenyataan yang penuh makna, Ketua Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan menzahirkan solidariti kepada para mangsa buli, menyifatkan mereka bukan sebagai lemah, tetapi sebagai insan kuat yang masih mampu berdiri walaupun pernah dijatuhkan oleh kezaliman yang tidak berperikemanusiaan.

“Buli dalam apa jua bentuk adalah tidak dapat diterima. Ia bukan kenakalan. Ia adalah kezaliman terhadap insan lain,” tegas beliau dalam perkongsian Facebook.



Pemuda PBS menolak sekeras-kerasnya sikap normalisasi terhadap budaya buli, yang sering kali diselindungkan dengan ungkapan "biasa la tu". Menurut beliau, sikap berdiam diri dan membenarkan penindasan terus berlaku hanya akan melahirkan generasi yang hidup dalam ketakutan dan tidak selamat.

“Jangan diam apabila nampak penindasan. Jangan halalkan perbuatan membuli. Dan jangan biarkan satu pun anak bangsa kita tumbuh dalam ketakutan,” seru beliau kepada semua pihak termasuk ibu bapa, warga pendidik, pemimpin komuniti dan rakan sebaya.



Dalam kenyataan tersebut, beliau turut mengingatkan bahawa negara yang hebat bukan dibina atas kejayaan segelintir, tetapi atas keselamatan dan kesejahteraan semua.

Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan juga menegaskan komitmen untuk terus berdiri bersama mangsa buli dan tidak akan membiarkan mereka melalui pengalaman pahit itu bersendirian.

“Anda berhak untuk dilindungi. Anda penting. Dan anda tidak keseorangan,” Tulis di Facebook.



Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan kini giat memperkasa suara anak muda bukan sahaja melalui program pembangunan, tetapi juga dengan memperjuangkan keadilan sosial dan keselamatan komuniti menjadikan perjuangan membanteras buli sebagai antara misi utama pergerakan ini.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.