Ziarah Mesra Wanita PBS Lumadan Santuni Warga Emas dan Keluarga Arwah.
Oleh : Mr Pai / Foto : Pergerakan Wanita PBS N34 Lumadan
LUMADAN – Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian N.34 Lumadan meneruskan komitmen kebajikan menerusi Program Ziarah yang berlangsung serentak di enam zon pada hari ini.
Berdasarkan perkongsian video daripada TikTok rasmi Pergerakan Wanita PBS N.34 Lumadan, program ini melibatkan kawasan Zon Lupak, Zon Gadong, Zon Kebajang, Zon Suasa, Zon Bangkalalak dan Zon Padas Damit.
Program ziarah ini memberi tumpuan kepada usaha menyantuni warga emas, pesakit kronik serta menziarahi keluarga arwah yang secara kebetulan mengadakan kenduri arwah hari ke-40.
Inisiatif ini mencerminkan iltizam Wanita PBS Lumadan untuk terus mendekati masyarakat di peringkat akar umbi serta memperkukuh nilai kebersamaan dan kasih sayang dalam komuniti.
Usaha ini turut selari dengan aspirasi Lumadan Sejahtera di bawah naungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), khususnya dalam mengangkat agenda kebajikan sebagai keutamaan dalam gerak kerja parti.