Ruslan Hadir Tanda Empati dan Solidariti.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), YB Datuk Haji Ruslan Muharam menzahirkan empati dan solidariti terhadap keluarga Allahyarhamah Nursyahira Syakila dalam satu ziarah di Jabatan Kecemasan Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), di sini.

Ziarah ini dilakukan seusai Ruslan menyampaikan amanat YAB Ketua Menteri Sabah dalam Seminar Organisasi Keselamatan Kebakaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), sebelum beliau bergegas ke hospital bagi menziarahi saudara Anuar Sarin dan ahli keluarga yang sedang diuji dengan pemergian insan tersayang akibat kemalangan jalan raya.

Menurut kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi beliau, kehadiran Ruslan adalah sebagai lambang kasih dan rasa simpati mendalam terhadap mereka yang sedang menempuh ujian kehilangan.

“Dalam suasana penuh hiba, kami duduk bersama berbicara, berdiam dan berdoa. Ada kesedihan yang tak terungkap, namun saya percaya kasih Allah SWT itu luas, dan Dia Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya,” kata beliau.


Ruslan turut mendoakan agar roh Allahyarhamah diampunkan segala dosa, diterima segala amalnya, dilapangkan kuburnya dan dikurniakan tempat yang mulia di sisi-Nya. Beliau turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan terus diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

“Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya jua kita kembali,” ujar beliau sambil menukilkan ayat suci Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un.

Lawatan ini mencerminkan nilai kepimpinan Ruslan yang sentiasa dekat dengan denyut nadi rakyat, serta tidak alpa dalam menyantuni masyarakat yang sedang dirundung duka.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.