PERGERAKAN WANITA PBS N.34 LUMADAN TERUS SANTUNI MASYARAKAT SETEMPAT.

Oleh : Mr Pai / Foto : Pergerakan Wanita PBS N34 Lumadan 


Beaufort – Program Ziarah Pergerakan Wanita PBS Bahagian N.34 Lumadan yang berlangsung pada Ahad, 22 Jun 2025 terus membuktikan komitmen dalam menyantuni warga emas, pesakit serta golongan kurang upaya di pelbagai kawasan dalam DUN Lumadan.

Rombongan ini diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita PBS Bahagian N.34 Lumadan, Puan Lairin @ Letrenie Augustine, bersama-sama Ketua-Ketua Wanita Zon, Ketua Zon, Ketua-Ketua Cawangan dan barisan pimpinan kampung.

Zon yang terlibat dalam program ini ialah: Zon Padas Valley, Zon Lumadan, Zon Bukau, Zon Lingkungan, Zon Weston dan Zon Lubok. Pendekatan turun padang ini bukan sahaja menyampaikan sumbangan, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pimpinan wanita dan masyarakat di akar umbi.

"Alhamdulillah, usaha bersama ini berjaya menyantuni mereka yang memerlukan dan mengeratkan lagi ikatan kemasyarakatan. Terima kasih kepada semua yang turut serta," menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik melalui TikTok Pergerakan Wanita PBS N.34 Lumadan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.