PEMUDA PBS ZON WESTON NYATA SOKONGAN PADU KEPADA YB DATUK RUSLAN UNTUK TERUS PERTAHANKAN DUN LUMADAN.

Oleh : Mr Pai 


WESTON – Barisan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Zon Weston menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman Facebook mereka menyatakan sokongan penuh dan tidak berbelah bahagi kepada YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan merangkap Ketua Bahagian PBS Lumadan, untuk terus mempertahankan kerusi tersebut pada pilihan raya negeri akan datang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pemuda PBS Zon Weston, kepimpinan Ruslan dinilai sebagai berprinsip, progresif serta sentiasa mengutamakan keperluan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Sebagai wakil rakyat, Ruslan telah menunjukkan komitmen tinggi dan prestasi cemerlang dalam membangunkan kawasan Lumadan, khususnya dari aspek pembangunan luar bandar, kebajikan rakyat serta pemerkasaan golongan belia dan wanita.

Sokongan ini, menurut mereka, adalah berasaskan rekod perkhidmatan Ruslan yang diyakini amat mesra rakyat dan berterusan turun padang menyantuni semua lapisan masyarakat.

Ruslan dilihat sebagai calon terbaik untuk meneruskan agenda pembangunan dan menjamin kestabilan politik di Lumadan demi kesejahteraan semua.

Pemuda PBS Zon Weston turut menzahirkan iltizam untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Ruslan serta menggerakkan seluruh kekuatan jentera pemuda bagi memastikan kemenangan berpihak kepada PBS di Lumadan.

Slogan keramat “Hidup PBS! Hidup Pemuda! Hidup Lumadan!” turut dizahirkan sebagai semangat perjuangan sayap pemuda yang bersedia menghadapi sebarang cabaran demi masa depan rakyat kawasan tersebut.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.