PEMUDA PBS ZON BEAUFORT SELATAN NYATA SOKONGAN PADU KEPADA YB DATUK HAJI RUSLAN

Oleh : Mr Pai 


BEAUFORT – Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Zon Beaufort Selatan hari ini menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan merangkap Ketua Bahagian PBS Lumadan, untuk terus mempertahankan kerusi DUN tersebut pada pilihan raya akan datang.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dimuat naik ke laman Facebook rasmi mereka, Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan menyifatkan Ruslan sebagai seorang pemimpin yang memiliki integriti tinggi, berpegang kepada prinsip tadbir urus yang bersih, rajin turun padang membela rakyat serta berwibawa dalam setiap aspek kepimpinan.

“Beliau adalah seorang pemimpin yang bersih dalam urus tadbir, kerja keras membela rakyat, berwibawa dalam kepimpinan, dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab,” ujar kenyataan itu.

Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan turut menegaskan keyakinan mereka bahawa hanya melalui kepimpinan seperti Ruslan, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial rakyat Lumadan dapat dikekalkan dan terus diperkasakan.

“Pemuda PBS Zon Beaufort Selatan berdiri teguh di belakang YB Datuk Haji Ruslan. Bersatu. Berjuang. Menang.”

Sokongan ini membuktikan betapa kuatnya ikatan antara generasi muda PBS dengan kepimpinan sedia ada, sekaligus mencerminkan kepercayaan mendalam terhadap keupayaan Ruslan dalam membawa suara rakyat ke peringkat tertinggi serta melaksanakan agenda pembangunan yang menyeluruh dan inklusif di Lumadan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.