PEMUDA PBS LUMADAN DIPERKASA DENGAN ILMU MEDIA.

Oleh : Mr Pai 


LUMADAN – Usaha memperkukuh kemahiran komunikasi digital dalam kalangan belia diteruskan menerusi penganjuran Kursus Asas Penulisan, Video dan Gambar anjuran Penerangan Pergerakan Pemuda PBS N.34 Lumadan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat ADUN N.34 Lumadan.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan.

Menurut Ruslan, penganjuran kursus ini merupakan kesinambungan kepada Kem Kepimpinan Pergerakan Pemuda PBS N.34 Lumadan yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 bulan lalu. Katanya, beliau melihat potensi besar dalam kalangan pemuda yang ditonjolkan dalam program terdahulu, namun masih perlu dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran teknikal yang tepat.

“Kita berada dalam era di mana media sosial bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. Organisasi dan pertubuhan masa kini berlumba-lumba memanfaatkan kekuatan digital untuk menyampaikan mesej, membina pengaruh dan mencorak persepsi,” ujar beliau.


Tambahnya, kursus ini bukan sahaja memperkukuh aspek asas seperti penulisan berita, fotografi dan penghasilan video, malah turut memperkenalkan peserta kepada penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam penghasilan kandungan media yang lebih kreatif dan efisien.

"Jika organisasi lain boleh mara ke hadapan dengan penggunaan AI, mengapa tidak Pemuda PBS N.34 Lumadan?” tegas beliau, sambil menyatakan keyakinan bahawa dengan semangat dan kemahiran yang betul, pemuda PBS mampu menjadi pencetus perubahan dalam landskap komunikasi digital masa kini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan urus setia yang telah menjayakan kursus ini, serta berharap agar segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasa lagi gerak kerja parti di peringkat akar umbi.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.