KEPULANGAN YANG MENGGETAR JIWA DARI TANAH SUCI.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KOTA KINABALU –
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan bin Muharam, berkesempatan menyambut kepulangan adinda tersayang, Hajah Rustimah binti Muharam bersama suaminya, Haji Tukiman bin Ratin, yang selamat tiba di tanah air selepas menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.

Kepulangan pasangan ini disambut penuh rasa syukur dan haru oleh ahli keluarga, saudara mara serta sahabat handai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dalam suasana yang cukup menyentuh perasaan.

Menurut Ruslan, ketibaan adinda dan iparnya membawa bersama nur keimanan dan keberkatan yang begitu mendalam, hasil dari perjalanan rohani yang dilalui sepanjang berada di Tanah Haram.

"Alhamdulillah, wajah mereka terpancar ketenangan dan cahaya haji yang begitu indah. Perjalanan haji adalah kemuncak ketaatan dan pengorbanan seorang Muslim. Ia bukan sahaja menuntut kekuatan fizikal, tetapi juga ketundukan jiwa yang sepenuhnya kepada Allah SWT," katanya dalam kenyataan rasmi menerusi laman Facebook.


Tambah Ruslan, kepulangan ini memberi kesan mendalam kepada seluruh keluarga dan komuniti yang menyambutnya dengan hati yang terbuka dan penuh kasih.

"Semoga haji mereka diterima sebagai haji yang mabrur, dan semoga segala doa yang dipanjatkan di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah SWT. Kepulangan ini bukan sekadar satu penantian yang berakhir, tetapi permulaan kepada kehidupan yang lebih diberkati," katanya lagi.


Beliau turut menyifatkan detik ini sebagai satu kenangan manis yang akan terus terpahat dalam ingatan keluarga yang menanti dengan sabar dan penuh rindu.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.