TAKLIMAT SIMPANAN KWSP DI PEJABAT ADUN N34 LUMADAN.

Oleh : Mr Pai / Foto: KWSP Cawangan Beaufort.


LUMADAN – Satu sesi taklimat berkaitan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat ADUN N34 Lumadan, melibatkan penyertaan daripada kakitangan Pejabat ADUN Lumadan dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N34 Lumadan.

Taklimat ini bertujuan memberikan pendedahan menyeluruh mengenai pelbagai produk simpanan KWSP seperti i-Saraan, i-Suri, caruman sukarela, serta manfaat yang bakal diperoleh oleh ahli-ahli KWSP sekiranya mereka memilih untuk membuat simpanan secara berterusan dalam skim tersebut.


Penyampaian taklimat disempurnakan oleh Puan Ravenna daripada KWSP Beaufort, manakala turut hadir bersama ialah Ketua Cawangan KWSP Beaufort, Puan Zalina binti Turusi. Kehadiran dua pegawai kanan KWSP ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami secara langsung struktur caruman, kelebihan-kelebihan program KWSP serta inisiatif kerajaan dalam memastikan kesejahteraan kewangan rakyat pada masa hadapan.

Pihak KWSP turut menyatakan komitmen untuk meneruskan kerjasama strategik bersama Pejabat ADUN Lumadan bagi membolehkan lebih banyak sesi penerangan dan advokasi dapat dilaksanakan di peringkat akar umbi.


Melalui taklimat ini, diharapkan agar ilmu dan maklumat berkaitan simpanan KWSP yang diperoleh tidak terhenti di bilik mesyuarat ini sahaja, sebaliknya dapat disampaikan dan dikongsikan kepada seluruh masyarakat Lumadan khususnya golongan yang belum mencarum atau belum memahami kepentingan simpanan hari tua melalui KWSP.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.