Penyerahan Mesin Chemistry Analyzer Tingkat Kualiti Perkhidmatan Kesihatan di Beaufort.

Oleh : Mr Pai 


BEAUFORT – Usaha memperkasa sistem kesihatan di daerah ini terus diperkukuh apabila Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam menyumbangkan sebuah mesin Chemistry Analyzer Mindray BS-600M kepada Makmal Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) Beaufort.

Majlis penyerahan mesin berkenaan disempurnakan dalam satu acara ringkas pagi tadi di makmal KKIA, yang turut dihadiri oleh petugas kesihatan dan masyarakat setempat.

Menurut Ruslan, mesin tersebut mampu mempercepatkan proses ujian darah dan analisis kimia klinikal dengan keputusan yang lebih cepat, tepat, dan efisien. Katanya, kemudahan itu memberikan kelebihan besar dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, khususnya golongan ibu dan anak.

“Dengan adanya mesin ini, kita bukan sahaja memudahkan proses saringan dan rawatan, malah memberikan ketenangan kepada masyarakat apabila keputusan kesihatan dapat diketahui lebih awal,” jelas beliau.


Ruslan turut meluangkan masa melawat makmal dan fasiliti sekitar KKIA serta beramah mesra dengan para petugas kesihatan dan penduduk yang hadir. Ramai dalam kalangan mereka meluahkan rasa syukur atas penambahbaikan perkhidmatan kesihatan yang semakin mudah diakses.

Tambah beliau lagi, usaha sebegini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi memastikan kebajikan kesihatan rakyat sentiasa terbela.

“Insya-Allah, kita akan terus menyokong usaha penambahbaikan sektor kesihatan di kawasan kita demi kesejahteraan rakyat,” katanya mengakhiri lawatan tersebut.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.