Khidmat Rakyat Lebih Pintar: Ruslan Pacu Penggunaan AI.

Oleh : Mr Pai 


LUMADAN – Dalam usaha memperkukuh khidmat kepada rakyat, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam tampil menggunakan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada pendekatan progresif beliau dalam kepimpinan.

Melalui satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ruslan menyatakan bahawa penggunaan teknologi moden seperti AI bukan sekadar satu keperluan, malah merupakan satu tanggungjawab dalam mendepani perubahan zaman.

“Visual yang dikongsi ini bukan sekadar animasi, tapi cerminan perjalanan dan komitmen saya dalam berkhidmat untuk rakyat. Kita tidak boleh ketinggalan. Masa depan menuntut kita untuk bergerak seiring dengan perubahan,” tulis beliau.

Ruslan turut menegaskan bahawa sejak hari pertama dipilih sebagai wakil rakyat, amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat terus digalas dengan penuh kesungguhan.

Hantaran tersebut menerima reaksi positif daripada para pengikut, antaranya menyifatkan beliau sebagai pemimpin berwawasan dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat.


“Pengalaman telah mendewasakan YB Datuk mengalas tugas sebagai wakil rakyat N.34 Lumadan... kepimpinan YB Datuk selama ini boleh dilihat oleh rakyat khususnya kawasan Lumadan,” ujar seorang pengguna Facebook, Eagle JY.

Manakala seorang lagi pengguna, Syameel Malik, meluahkan penghargaan terhadap keprihatinan beliau, “Kami bersyukur kerana dapat wakil rakyat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat... semoga Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.”

Dengan pendekatan yang inklusif, mesra rakyat serta celik teknologi, Ruslan terus menzahirkan komitmen beliau untuk menjadikan Lumadan sebagai kawasan contoh dalam kepimpinan era digital.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.