KEMBARA ILMU & DOA RAKYAT SABAH UNTUK PALESTIN: JELAJAH PENUH BERMULA DENGAN TUARAN, BERAKHIR DI WESTON.
Program Kembara Ilmu & Doa Rakyat Sabah untuk Palestin bersama As-Sayyid Sheikh Abdul Shabour Al-Kayyali Ar-Rifa’ie Al-Husaini, tokoh ulama keturunan Rasulullah SAW, dijadualkan menjelajah 11 daerah di seluruh negeri Sabah bermula 11 Mei hingga 25 Mei 2025.
Berikut ialah jadual lengkap yang membolehkan rakyat Sabah merancang kehadiran mereka ke setiap lokasi terpilih:
TUARAN
Ahad | 11 Mei 2025
3.30 petang: Solat Asar & Kuliah – Surau Anjung Sri Wangi, Kampung Roun
6.00 petang: Kuliah Maghrib – Masjid An-Nur, Daerah Tuaran
KOTA KINABALU & SEPANGGAR
Isnin | 12 Mei 2025
4.50 pagi: Solat Subuh – Surau Al-Mustaffa, V19 KKIP, Sepanggar
9.30 pagi–Zohor: Kuliah & Doa – Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang
6.00 petang: Majlis Ilmu – Masjid Ubudiyyah
TELIPOK & PUTATAN
Selasa | 13 Mei 2025
4.50 pagi: Subuh – Masjid An-Nur, Taman Putera Jaya, Telipok
10.00 pagi: Lawatan & Doa Selamat – Kilang Berestu / Saleh Auto, KKIP
5.00 petang: Doa Selamat – Farmasi Aslam, Putatan
6.00 petang: Maghrib – Masjid Jamek, Putatan
PAPAR & MEMBAKUT
Rabu | 14 Mei 2025
4.50 pagi: Kuliah Subuh – Madrasah Darul Hadis Darsa, Putatan
12.10 tengah hari: Ceramah – Surau SMK Benoni, Papar
6.00 petang: Tazkirah – Masjid Cahaya Iman, Membakut
MEMBAKUT & BEAUFORT
Khamis | 15 Mei 2025
4.50 pagi: Solat Subuh – Masjid Kg Pimping, Membakut
12.10 tengah hari: Lawatan – Madrasah Darul Yatama, Kg Mawa’o
6.00 petang: Kuliah Maghrib – Masjid Jamek Gadong, Beaufort
BEAUFORT & LUMADAN
Jumaat | 16 Mei 2025
4.50 pagi: Solat Subuh – Masjid Padas Damit
7.00 pagi: Ceramah Motivasi – SMK Gadong
11.30 tengah hari: Khutbah & Solat Jumaat – Masjid Daerah Beaufort
6.00 petang: Majlis Ilmu – Masjid Kg Lumadan
LINGKUNGAN & WESTON
Sabtu | 17 Mei 2025
4.50 pagi: Subuh – Masjid Kg Lingkungan
8.00 pagi: Kuliah Pagi – SMK Weston
12.00 tengah hari: Zohor – Masjid Pekan Weston
6.00 petang: Maghrib & Tazkirah – Masjid Kg Lubok
Rakyat Sabah diseru hadir beramai-ramai ke lokasi berdekatan untuk menyertai majlis ilmu, menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin, dan memperkukuh perpaduan umat. Kehadiran Sheikh Abdul Shabour membawa sinar ilmu dan keberkatan kepada setiap lokasi yang dilawati, dengan harapan agar doa rakyat Sabah menjadi penyokong kepada perjuangan umat Islam sejagat.