Banjir Berulang Menjejaskan Struktur Jalan Lumatai.

Oleh : Mr Pai 


LUMADAN – Keadaan Jalan Lumatai yang semakin terhakis akibat siri banjir berulang sejak penghujung tahun lalu menimbulkan kebimbangan serius dalam kalangan penduduk setempat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, memaklumkan bahawa lebih 10 gelombang banjir telah berlaku dari hujung 2024 hingga Mei 2025, menyebabkan struktur jalan terjejas teruk dan berada dalam keadaan membimbangkan.


Kata beliau menerusi hantaran di Facebook rasmi, jalan tersebut terletak terlalu hampir dengan tebing sungai dan kini berada dalam keadaan berisiko tinggi kepada pengguna.

“Saya bersama jurutera JKR Beaufort dan pihak konsesi telah turun padang untuk meninjau keadaan. Saya telah meminta agar pembinaan cerun dilaksanakan segera bagi melindungi pengguna jalan raya dan mencegah sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengelakkan laluan berkenaan sekiranya cuaca tidak mengizinkan, terutama semasa hujan lebat atau banjir.

“Saya amat risau akan keadaan ini yang boleh mengundang risiko tinggi, lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Keselamatan rakyat adalah keutamaan saya,” tambahnya.


Jelas beliau, pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan peruntukan segera daripada Kementerian Kerja Raya Sabah yang dipimpin oleh YB Datuk Ir. Haji Shahelmey Yahya.

“Saya akan terus berjuang agar isu ini ditangani segera demi kesejahteraan rakyat Lumadan,” tegas beliau.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.