ZIARAH KASIH & TANGGUNGJAWAB SEORANG WAKIL RAKYAT.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


LUMADAN, 20 April – Dalam menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, YB Datuk Haji Ruslan Bin Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, hari ini menyantuni masyarakat di beberapa buah kampung dalam DUN Lumadan sebagai tanda kasih, keprihatinan dan sokongan berterusan kepada rakyat yang diwakilinya.


Ruslan memulakan program ziarah dengan kunjungan ke rumah keluarga Allahyarham Muhd Zu Hairi bin Musnin di Kg Palai, yang telah kembali ke rahmatullah. Dalam kesempatan tersebut, beliau mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan. "Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah," ujar Ruslan.

Seterusnya, Ruslan menuju ke Kg Padas Damit bagi menziarahi keluarga Allahyarham Samsul Abdullah, yang juga kehilangan insan tersayang. “Semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” tambah beliau.


Ziarah diteruskan dengan lawatan ke kediaman Cikgu Hajah Habibah binti Kadar di Kg Belagas, yang baru sahaja menjalani pembedahan membuang cyst dua minggu lalu. Ruslan mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana Cikgu Habibah kini dalam proses pemulihan. "Saya doakan agar beliau cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala," katanya lagi.


Program ziarah malam ini ditutup dengan kunjungan Aidilfitri ke rumah Cikgu Bisno Haji Shaari di Kg Belagas. Suasana penuh kemesraan dan keakraban mewarnai Syawal yang masih hangat diraikan. Ruslan turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyambutnya dengan penuh kasih dan doa.

"Sambutan dan layanan yang diberikan sangat dihargai. Semoga segala urusan dan kehidupan kita terus diberkati Allah SWT," ujar Ruslan menutup lawatan ziarah kasih ini.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.