TINJAUAN JALAN SUASA: USAHA TINGKAT AKSES RAKYAT KETIKA BANJIR.

Oleh : Mr Pai 


BEAUFORT, 21 April 2025 – Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, turun padang bersama jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Beaufort bagi meninjau keadaan semasa Jalan Suasa yang sering terjejas akibat banjir.

Dalam lawatan tersebut, Ruslan mencadangkan agar jalan berkenaan ditinggikan supaya kekal boleh dilalui ketika musim hujan dan banjir. Beliau turut mengemukakan cadangan pembinaan sistem saliran yang lebih berkesan termasuk struktur box culvert serta pembinaan benteng atau ban sungai di lokasi strategik bagi mengawal limpahan air.
 

“Usaha ini penting untuk memastikan laluan keluar masuk kampung tidak terganggu dan kebajikan rakyat terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi cuaca yang semakin tidak menentu,” ujar beliau.

Langkah proaktif Ruslan disambut baik oleh masyarakat setempat yang rata-rata memuji keprihatinan beliau serta menyatakan sokongan penuh terhadap cadangan yang dikemukakan.


Antara komen netizen yang mencuri perhatian:

“Alhamdulillah terbaik dangsanak ku YB Datuk. Saya sokong penuh, mohon juga laluan Kg Bangkalalak ditinggikan,” – Joebat Jay



 “Syukur Alhamdulillah Dtk. Semoga dipermudahkan segala urusan,” – Wan Arawan



“Terbaik YB Datuk Tuan Hj DHRM!” – Leong Kapitan



“Tahniah & teruskan usaha demi rakyat. Kami penduduk sekitar sangat setuju dengan cadangan membina box culvert,” – Ali Sabtoo



“Harap jalan ke SMK Gadong juga diberi perhatian. Jalannya sangat teruk dan sering dinaiki air,” – Affendy Ar



“Semoga usaha ini berterusan demi keselesaan semua pengguna jalan raya,” – Nohisa Shah



Ternyata, kehadiran Ruslan di lapangan bukan sahaja memberi kelegaan kepada rakyat, malah memperlihatkan komitmen beliau yang berterusan dalam memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di DUN Lumadan.


Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.