Pengamal Media Rakan Strategik Dalam Menyampaikan Suara Rakyat — Ruslan

oleh : Mr Pai 


KOTA KINABALU, 19 April 2025 – Hubungan erat antara pemimpin dan pengamal media merupakan asas penting dalam menyampaikan maklumat yang tepat, telus dan bertanggungjawab kepada rakyat. Bagi Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, pengamal media bukan sekadar rakan profesional, bahkan telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar yang saling memahami, menghormati dan menyokong antara satu sama lain.

Sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Bersama Rakan Media yang turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Ruslan menyifatkan majlis tersebut sebagai wadah terbaik untuk menyantuni sahabat-sahabat media yang sentiasa berdiri seiring dalam perjuangan menyampaikan suara rakyat ke seluruh pelosok negeri.

“Media berperanan penting dalam menyampaikan dasar kerajaan, menjelaskan pelaksanaan program dan mengetengahkan keperluan masyarakat. Dari Lumadan ke seluruh Sabah, merekalah yang membantu menjadikan suara rakyat lebih didengari dan difahami,” ujar beliau.

Menurut Ruslan, komunikasi yang berkesan antara pemimpin, rakyat dan media menjadi tunjang kepada penyampaian perkhidmatan yang efisien dan berimpak tinggi.

“Media adalah rakan strategik yang sangat penting dalam usaha membina sebuah masyarakat yang maklum dan sejahtera. Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan media atas kerjasama, teguran membina serta komitmen yang tidak pernah luntur dalam menjalankan amanah,” katanya.

Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus memelihara dan memperkukuh hubungan dengan pengamal media demi kebaikan bersama.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan mesra itu turut menjadi simbol penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan peranan media dalam pembangunan Sabah yang inklusif dan progresif.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.