MERAIKAN SYAWAL, MENGANGKAT BUDAYA BISAYA.

Oleh : Mr Pai / Foto : Facebook DHRM 


Beaufort | 13 April 2025
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam telah berkesempatan merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama Sangkulayan Team, Kelab Ikau Oni serta JKKK Kg. Mantau, yang berlangsung meriah di Dewan Perpaduan DHRM Kampung Lago.

Dalam majlis berkenaan, Ruslan turut melancarkan single lagu Bisaya berjudul "AJAT" nyanyian saudara Jeff Musafir, yang disambut baik oleh para hadirin sebagai satu usaha memartabatkan seni dan budaya etnik Bisaya.

"Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah mempererat silaturrahim dalam suasana Syawal, malah ia juga mengangkat kekayaan budaya masyarakat Bisaya yang wajar terus diperkenalkan kepada generasi muda," ujar beliau ketika berucap.

Ruslan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan program yang penuh warna-warni budaya serta menyampaikan ucapan tahniah atas kelahiran lagu "AJAT" yang dilihat mampu menyemarakkan lagi semangat identiti Bisaya di Sabah.

“Budaya kita, warisan kita. Mari terus lestarikan,” tambah beliau sebagai seruan kepada masyarakat agar terus memelihara dan mempromosikan khazanah warisan tempatan.

Majlis turut dihadiri pemimpin komuniti, penduduk setempat serta peminat seni budaya tempatan yang hadir memeriahkan sambutan Syawal dalam suasana penuh harmoni.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.