MENYANJUNG JASA, MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA.
MENYANJUNG JASA, MENGANGKAT MARTABAT PEKERJA.
PERUTUSAN SEMPENA HARI PEKERJA 2025
YB DATUK HAJI RUSLAN BIN MUHARAM
PEMBANTU MENTERI KEPADA KETUA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N.34 LUMADAN
Hari Pekerja bukan sekadar perayaan tahunan, tetapi satu penghormatan buat seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negeri dan pembangunan negara. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penjawat awam, pekerja swasta, petani, nelayan, peniaga kecil, pengusaha industri dan semua yang berusaha mencari rezeki halal dengan penuh kejujuran dan ketekunan.
Setiap titik peluh, setiap usaha yang dicurahkan oleh para pekerja adalah nadi kepada kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Di bahu kalian terpikul harapan negara, dan di tangan kalian terbentuk masa depan yang lebih gemilang.
Sebagai wakil rakyat di DUN N.34 Lumadan dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), saya tetap komited memperjuangkan keadilan sosial, memperkukuh kebajikan rakyat serta merintis lebih banyak peluang pekerjaan yang inklusif dan mampan. Usaha-usaha ini akan terus digerakkan demi memastikan tiada yang terpinggir dalam arus pembangunan.
Saya menyeru agar semangat kerja, kesatuan dan integriti terus dipelihara demi membina sebuah masyarakat madani yang adil dan sejahtera.
Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2025.