Menimba Hikmah daripada Masjid AlBukhary

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


ALOR SETAR, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam bersama Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEINS) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Masjid AlBukhary di Alor Setar, Kedah.

Masjid AlBukhary, yang tersohor dengan keindahan seni bina Islamik serta pengurusan moden yang mesra komuniti, menjadi lokasi rujukan penting dalam usaha memperkasakan pembangunan institusi masjid di Sabah, khususnya di kawasan Lumadan.

Menurut Ruslan, lawatan ini memberikan banyak inspirasi dan idea baharu dalam memperluas fungsi masjid sebagai pusat pembangunan komuniti yang holistik.

“Masjid bukan hanya berfungsi sebagai tempat ibadah, tetapi juga harus menjadi pusat pendidikan, kebajikan dan pengukuhan masyarakat setempat. Masjid AlBukhary telah membuktikan bahawa pengurusan masjid yang cekap dan berdaya saing mampu menarik minat masyarakat pelbagai lapisan untuk bersama-sama memakmurkannya,” ujar beliau.



Tambah Ruslan, pengalaman dan konsep yang diperoleh melalui lawatan ini akan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan pembangunan masjid di Sabah, agar institusi tersebut kekal relevan serta menjadi nadi kekuatan ummah.

Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak JHEINS untuk menilai model pengurusan masjid berprestasi tinggi yang boleh diadaptasi mengikut keperluan dan konteks tempatan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.