Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PBS Meriah, Kukuhkan Semangat Perpaduan.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


TAMPARULI, 26 April 2025 – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diadakan di Dewan Tun Hamdan, Tamparuli pagi ini berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan dan keberkatan.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama isteri; Penasihat Perdana PBS, Tan Sri Datuk Panglima Joseph Pairin Kitingan dan isteri; serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Tamparuli dan Timbalan Presiden PBS, YB Datuk Jahid Jahim.

Sebagai Pengerusi Penganjur, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan merangkap Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), merakamkan penghargaan kepada semua tetamu kehormat, ahli-ahli Majlis Tertinggi PBS, EXCO Pemuda dan Wanita PBS, rakan-rakan gabungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta rakyat Sabah yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.


Menurut Ruslan, kehadiran para tetamu mencerminkan semangat kekeluargaan yang menjadi teras kepada keharmonian masyarakat di Sabah.

"Kehadiran semua pihak sangat bermakna dalam memperkukuhkan ikatan perpaduan. Semoga hubungan ini terus diperkasa dalam membina negeri Sabah yang makmur dan harmoni," katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai hidangan tradisional, persembahan kebudayaan serta sesi silaturahim, yang mencerminkan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

Penganjuran Rumah Terbuka PBS ini dilihat sebagai platform penting untuk mempererat hubungan antara kepimpinan parti dan rakyat, selain mengukuhkan kerjasama dalam gabungan GRS.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.