Francis Landong Gegar Final Sugandoi Kaamatan Tuaran 2025.

Oleh: Mr Pai 


TUARAN, 26 April 2025 – Penyanyi legenda Sabah, Datuk Francis Landong bakal membuat penampilan khas sempena Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2025 yang akan berlangsung pada 30 April ini di Dewan Seri Sulaman, Tuaran.

Acara yang dijadual bermula pada jam 5.00 petang itu dijangka menarik kehadiran peminat seni suara tempatan, khususnya penggemar lagu-lagu etnik Sabah.

Francis, yang cukup dikenali menerusi lagu-lagu popular seperti "Hei Aramai Tie", "Sebelum Kahwin", dan "Fikir-Fikir Dulu", bakal menghiburkan penonton dengan persembahan istimewa yang sarat nilai budaya dan warisan masyarakat Kadazandusun.

Selain persembahan beliau, malam kemuncak itu turut menyaksikan 10 finalis utama Sugandoi Kaamatan berentap bagi merebut gelaran juara peringkat daerah.

Dua kategori lain – Dazanak (kanak-kanak) dan Songkotoun (veteran) – masing-masing menampilkan lima finalis yang bersedia mempamerkan keunikan suara dan persembahan tersendiri.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan suasana serta memberikan sokongan kepada para peserta. Masuk adalah percuma.

Sugandoi Kaamatan merupakan antara komponen utama sambutan Pesta Kaamatan, yang bertujuan mengetengahkan bakat seni tempatan serta memperkukuh nilai budaya masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.