ADUN Lumadan Hadiri Pembukaan Rasmi Penggal Kelima DUN Sabah.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 


KOTA KINABALU, 10 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam menghadiri Istiadat Perasmian Penggal Kelima Tahun 2025 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 yang berlangsung dengan penuh adat dan istiadat di Bangunan DUN Sabah, pagi tadi.

Istiadat perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Haji Aman, selaku Ketua Negeri Sabah yang dihormati seluruh rakyat negeri ini.

Turut hadir dalam majlis penuh bersejarah itu ialah Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor, bersama barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat dari seluruh pelosok Sabah.

Ruslan menyatakan bahawa amanat yang disampaikan oleh TYT sangat memberi kesan dan menyentuh pelbagai aspek utama termasuk pembangunan negeri, kebajikan rakyat serta keperluan untuk semua wakil rakyat berganding bahu demi kemajuan Sabah yang berterusan.

“Sebagai wakil rakyat Lumadan, saya mengambil iktibar daripada titah TYT dan memperbaharui iltizam untuk terus berkhidmat dengan penuh komitmen serta rasa tanggungjawab. Insya-Allah, saya akan terus mendahulukan kepentingan rakyat dan berusaha mencapai aspirasi Lumadan Sejahtera yang kita impikan bersama,” katanya.

Majlis ini bukan sahaja membuka tirai sesi persidangan baharu DUN Sabah, malah menjadi simbol perpaduan dan kesediaan semua wakil rakyat untuk memperkukuh dasar pembangunan negeri selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.