ZIARAH RAMADAN: YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM SANTUNI WARGA KG INDU LIBAI DAN KG KANGSA.


Oleh  : Mr Pai / Foto : Diyanah 

LUMADAN, 1 Mac – Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi perjalanan beliau menyantuni warga emas, ibu tunggal, serta mereka yang diuji dengan kesakitan di Kampung Indu Libai dan Kampung Kangsa, petang tadi. Turut serta dalam program ini ialah uppm N34 Lumadan yang sentiasa memainkan peranan dalam memastikan kebajikan masyarakat setempat terjaga.

Dalam hantaran tersebut, YB Datuk Haji Ruslan menzahirkan rasa syukur kerana berpeluang bertemu sendiri dengan masyarakat, bertanya khabar, dan menyelami keadaan mereka dengan lebih dekat. Beliau turut menyampaikan sumbangan keperluan harian sebagai tanda keprihatinan serta kasih sayang kepada mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh rahmat ini.


"Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga masa terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki. Melihat ketabahan mereka menghadapi kehidupan benar-benar memberi semangat kepada saya untuk terus berkhidmat demi kesejahteraan rakyat Lumadan," tulis beliau dalam hantaran tersebut.

Beliau juga menekankan bahawa program sebegini bukan sahaja bertujuan menyalurkan bantuan, tetapi juga sebagai usaha untuk mendengar sendiri keluhan dan keperluan masyarakat. Setiap lawatan dan pertemuan menjadi ruang untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi penduduk serta mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

Program Ziarah Ramadan yang diadakan ini turut mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat, yang menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan mereka. Bagi mereka, kehadiran YB Datuk Haji Ruslan bukan sekadar membawa bantuan, tetapi lebih penting lagi, membawa rasa dihargai dan diambil peduli.

Sebagai penutup hantaran, beliau menyeru agar masyarakat terus memperbanyakkan amalan kebaikan sepanjang Ramadan, kerana setiap perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.


Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.