Sentuhan Kasih Ramadan: YB Datuk Haji Ruslan Muharam Santuni Warga Emas dan Ibu Tunggal di Kg Lumadan.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 

Sentuhan Kasih Ramadan: YB Datuk Haji Ruslan Muharam Santuni Warga Emas dan Ibu Tunggal di Kg Lumadan

LUMADAN, 1 Mac – Sempena ketibaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), turun padang menyantuni warga emas dan ibu tunggal di Kg Lumadan pagi ini.

Program ‘Sentuhan Kasih Ramadan’ yang diadakan di kawasan JKKK Abdullah itu bertujuan menyampaikan sumbangan bakul makanan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan menjelang ibadah puasa.

YB Datuk Haji Ruslan menzahirkan rasa syukur dan keinsafan apabila melihat ketabahan warga emas serta ibu tunggal yang gigih meneruskan kehidupan. Menurut beliau, setiap sumbangan yang diberikan bukan sekadar bantuan keperluan asas, tetapi simbol kebersamaan dan keprihatinan dalam mengangkat kesejahteraan masyarakat.

"Melihat wajah-wajah penuh ketabahan ini benar-benar menyentuh hati. Ada yang sudah uzur, namun tetap tersenyum menyambut kehadiran kami. Begitu juga ibu-ibu tunggal yang cekal menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak. Ini mengingatkan kita bahawa Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menguatkan ukhuwah serta menyemai rasa kasih terhadap mereka yang memerlukan," katanya.

Beliau turut berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu dalam persiapan berbuka puasa dan bersahur, serta membawa sinar kegembiraan kepada penerima.

Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan YB Datuk Haji Ruslan dalam memastikan kebajikan masyarakat di kawasan Lumadan terus diberi perhatian, selaras dengan komitmen beliau untuk membangunkan kesejahteraan rakyat.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.