Semangat Kebersamaan Ramadhan di DUN Lumadan.

Oleh : Mr Pai / Foto : Facebook DHRM 


LUMADAN, 23 Mac – Program pengimarahan Ramadhan terus berlangsung dengan jayanya di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Muharam berkata, meskipun beliau tidak dapat menghadiri kesemua lokasi, wakil-wakilnya telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan serta menyertai pelbagai aktiviti ibadah bersama penduduk.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Ruslan berkata:

"Alhamdulillah, program-program pengimarahan Ramadhan terus berjalan lancar di seluruh DUN Lumadan. Walaupun saya tidak dapat hadir ke semua lokasi, wakil-wakil saya telah menyampaikan sumbangan dan menyertai masyarakat dalam majlis berbuka, solat berjemaah, serta aktiviti ibadah lain.

"Semoga semua sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan membawa keberkatan buat kita semua. InsyaAllah, saya akan terus berusaha untuk mendekati masyarakat dan memastikan program keagamaan seperti ini berterusan demi Lumadan Sejahtera."

Di Surau Kampung Kukup, Ustaz Sarudi hadir bagi mewakili Ruslan dalam majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah sebelum beliau menyampaikan sumbangan kewangan kepada pihak surau bagi tujuan kebajikan dan pengimarahan rumah ibadah tersebut.


Selesai di Kampung Kukup, beliau seterusnya menghadiri majlis di Masjid Kampung Jabang bagi menunaikan solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah. Dalam kesempatan itu, beliau turut menyerahkan sumbangan bagi manfaat masjid dan keperluan jemaah.

Di lokasi lain, Surau Kampung Kangsa, Kamarul mengetuai sesi tadarus Al-Quran bersama para jemaah, sebelum menyampaikan sumbangan kepada surau sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkasa budaya keilmuan dan ibadah di bulan mulia ini.

Sementara itu, bagi aktiviti Qiamullail dan sahur, Sobri Abdul Adis, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) N34 Lumadan, turut mewakili Ruslan dalam menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan bersama masyarakat. Program ini bukan sahaja memberi peluang untuk memperbanyakkan ibadah tetapi juga menyuburkan budaya berkongsi rezeki dalam suasana penuh keberkatan.

Ruslan menzahirkan harapan agar program-program keagamaan seperti ini terus diperkasakan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat Lumadan, selaras dengan aspirasi pembangunan rohani dan sosial yang lebih harmoni.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.