Penduduk Diminta Berwaspada: Ramalan Awal Banjir di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.


Oleh : Mr Pai 


BEAUFORT: Berdasarkan ramalan awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) pada 6 Mac 2025, kemungkinan banjir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 7 hingga 8 Mac 2025.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan, Datuk Haji Ruslan Muharam, yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), mengingatkan penduduk khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada.


"Saya menyeru masyarakat di kawasan berisiko agar mengambil langkah berjaga-jaga, terutama mereka yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah. Pantau keadaan cuaca, patuhi arahan pihak berkuasa, dan bersiap sedia dengan langkah keselamatan sekiranya berlaku kecemasan," katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya mengikuti perkembangan semasa melalui saluran rasmi serta menghubungi pihak berkuasa sekiranya memerlukan bantuan.

Menurut laporan JPS, kawasan yang dijangka terkesan di Sabah termasuk bahagian Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran) dan bahagian Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, Tambunan).

Penduduk dinasihatkan agar segera berpindah sekiranya diarahkan dan memastikan keselamatan diri serta keluarga diutamakan. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi PublicInfoBanjir.

"Keselamatan rakyat adalah keutamaan kita. Semoga semua penduduk berada dalam keadaan selamat dan dilindungi," tambahnya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.