PBS Lumadan Sertai Perlawanan Bowling Sempena Ulang Tahun Ke-40 PBS.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah.


KOTA KINABALU, 5 Mac – Sempena ulang tahun ke-40 Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan slogan "Spirit of 85", satu perlawanan persahabatan bowling telah dianjurkan di Arena Bowling, Centre Point Kota Kinabalu.

Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita PBS N.34 Lumadan turut mengambil bahagian sebagai peserta dalam acara ini, bersama-sama dengan Pergerakan Pemuda PBS Bahagian N.34 Lumadan. Kehadiran peserta yang ramai, meskipun dalam suasana berpuasa, membuktikan semangat kebersamaan dan komitmen terhadap aktiviti parti.

Program ini turut disertai oleh Datin Hajah Nursiah Santri, isteri kepada YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Ketua Bahagian PBS N.34 Lumadan, yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) merangkap ADUN N.34 Lumadan. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan terhadap usaha mengeratkan hubungan dalam kalangan ahli PBS di pelbagai peringkat.

"Terima kasih kepada semua AJK yang hadir dan menjayakan program ini. Ini antara penyertaan paling ramai dalam aktiviti yang kita adakan, menunjukkan kesatuan dalam parti semakin kukuh," ciap Pergerakan Wanita PBS N.34 Lumadan di Facebook.

Melalui aktiviti seperti ini, hubungan silaturahmi antara pimpinan pusat PBS dan kepimpinan di peringkat bahagian dapat terus dieratkan. Semangat perjuangan PBS yang menekankan keharmonian serta keseimbangan dalam kepimpinan negeri dan negara akan terus menjadi asas dalam perjuangan parti.

Selamat ulang tahun ke-40 PBS daripada kami di N.34 Lumadan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.