NUZUL AL-QURAN: KEMBALI KEPADA PEDOMAN HIDUP.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 

Beaufort, 17 Mac – Sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1446H, YB Datuk Haji Ruslan Bin Muharam menyeru umat Islam untuk kembali menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, Nuzul Al-Quran bukan sekadar memperingati peristiwa turunnya kitab suci itu, tetapi lebih penting adalah memahami serta mengamalkan ajarannya dalam kehidupan.

"Kitab (Al-Quran) ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa," katanya, memetik firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 2.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam dunia moden yang penuh cabaran, umat Islam perlu menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan utama agar tidak terleka dengan kesibukan duniawi.

"Di bulan penuh keberkatan ini, marilah kita perbanyakkan tadabbur Al-Quran, meningkatkan amal ibadah, dan menyebarkan kebaikan kepada masyarakat. Mudah-mudahan, kita semua mendapat syafaat Al-Quran di hari akhirat kelak," ujarnya.

YB Datuk Haji Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) dan ADUN Lumadan berharap agar semangat Nuzul Al-Quran terus menyuburkan jiwa umat Islam dengan nilai-nilai murni serta keimanan yang kukuh.

Popular posts from this blog

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.

Usahawan Muda Tempatan Berani Ceburi Dunia Dekorasi Moden.