MALAM PENUH KEBERKATAN: QIYAMULLAIL & SAHUR DI MASJID ASY-SYAKIRIN.

Oleh : Mr Pai / Foto : PTAD Kudat 


KUDAT, 24 Mac – Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Lumadan, YB Datuk Haji Ruslan Bin Haji Muharam menghadiri Program Qiyamullail & Sahur 10 Akhir Ramadan yang diadakan di Masjid Asy-Syakirin, Kudat, awal pagi tadi.

Program ini diadakan bagi menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan ibadah serta mempereratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat. Seawal jam 3.00 pagi, para jemaah mula berkumpul bagi menunaikan solat qiyamullail, bermunajat memohon keampunan dan keberkatan daripada Allah SWT.

Selepas qiyamullail, jemaah menikmati hidangan sahur bersama, memanfaatkan kesempatan ini untuk bersilaturahim dalam suasana penuh keberkatan. Ruslan turut meluangkan masa bersahur bersama masyarakat Kudat yang hadir dan menghargai semangat mereka dalam mengimarahkan Ramadan.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Ruslan menzahirkan rasa syukur kerana dapat bersama masyarakat Kudat dalam program yang penuh makna ini.

"Keindahan Ramadan terletak pada keikhlasan dan kebersamaan dalam beribadah. Semoga kita semua terus istiqamah dalam beramal soleh dan memperoleh keberkatan sepanjang bulan yang mulia ini," katanya.

Program diteruskan dengan solat subuh berjemaah, diikuti dengan tazkirah subuh yang disampaikan oleh Imam Haidar Ruzan dari Unit Pendidikan & Dakwah Masjid Asy-Syakirin. Pengisian ilmu ini memberi peringatan kepada jemaah tentang kepentingan istiqamah dalam ibadah serta memperkukuh hubungan dengan Allah SWT.

Semoga segala amalan yang dilakukan sepanjang 10 malam terakhir ini diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada seluruh umat Islam.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.