KULIAH RAMADAN IKMa ZON SABAH: ISTIQAMAH SELEPAS RAMADAN, UJIAN SEBENAR SEORANG MUKMIN.
KOTA KINABALU, 10 Mac 2025 – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sabah meneruskan tradisi penganjuran Kuliah Ramadan bagi memperkukuhkan kefahaman Islam dalam kalangan warganya. Tahun ini, kuliah bertajuk "Istiqamah Selepas Ramadan, Ujian Sebenar Seorang Mukmin" telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Zulkarami bin Hj Mohammad Muchtar dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Toh Puan Hajjah Rahmah, Kinarut.
Program yang berlangsung di Bilik Sri Sipadan, IKMa Sabah ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan IKMa serta ahli Badan Kebajikan Islam IKMa (BAKIM). Kuliah ini juga disiarkan secara dalam talian, membolehkan warga IKMa dari seluruh Malaysia mengikuti sesi ilmu ini.
Siri kuliah Ramadan ini merupakan aktiviti tahunan IKMa Zon Sabah dengan kerjasama BAKIM, bertujuan mengingatkan umat Islam tentang kepentingan mengekalkan amal ibadah dan ketakwaan sepanjang tahun, bukan hanya di bulan Ramadan.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan manfaat dan menyuntik semangat kepada semua peserta untuk terus beristiqamah dalam beribadah dan beramal soleh.
Dipetik daripada Facebook rasmi IKMa Zon Sabah.