Kejohanan Badminton Tertutup Tenghilan: Pupuk persahabatan dan semangat kesukanan.


TENGHILAN, 1 Mac – Kejohanan Badminton Tertutup Tenghilan yang dianjurkan oleh Kelab Badminton Impian Tenghilan (KBIT) bukan sekadar medan persaingan sukan, tetapi juga ruang memperkukuh persahabatan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, menekankan kepentingan semangat kesukanan serta manfaat kesihatan daripada penyertaan dalam aktiviti sukan seperti ini.

"Biarlah pertandingan ini menjadi ruang persahabatan dan silaturrahim dalam kalangan kita tanpa mengira umur," katanya,".

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Dewan Gereja St James Tenghilan, pada Sabtu.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.14 Tamparuli, menyeru para peserta untuk menjadikan kejohanan ini sebagai satu platform membina semangat kebersamaan dan perpaduan.

Tambahnya, sukan bukan hanya tentang kemenangan, tetapi juga satu cara untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. 

"Semoga pertandingan seumpama ini akan menggalakkan lagi semangat kesukanan para peserta dan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan mereka," ujarnya.

Turut hadir Presiden KBIT, Albert Joseph, Ketua Anak Negeri (KAN) Tenghilan, Selvis Gambar, serta Pegawai Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Boe Sindolun.

Terdahulu, Presiden KBIT, Albert Joseph, berkata, kejohanan ini menyaksikan penyertaan ramai pemain berbakat dari sekitar Tenghilan, bukan sahaja bersaing untuk merebut kejuaraan tetapi juga menikmati keseronokan bersukan dalam suasana penuh semangat kekeluargaan.

Justeru, penganjuran kejohanan seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan gaya hidup sihat serta memupuk minat masyarakat terhadap sukan badminton.

Seramai lebih 50 peserta dari sekitar Tenghilan menyertai pertandingan tersebut, yang menyaksikan dua kategori dipertandingkan, iaitu acara Bergu Lelaki dan Bergu Wanita.


Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.