Kasih Ramadan di Masjid Al-Mukminin & Kg Kabajang Laut: YB Datuk Haji Ruslan Muharam Santuni Jemaah, Anak Yatim & Bertadarus di Surau Gelila Jaya.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 

LUMADAN, 3 Mac – Semangat Ramadan terus disemarakkan apabila YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah (Hal Ehwal Agama), menghadiri beberapa program ibadah dan kebajikan bersama masyarakat, termasuk di Masjid Al-Mukminin, Kampung Indumadi dan Masjid Kampung Kabajang Laut, sebelum menyertai sesi bertadarus di Surau Gelila Jaya.

Di Masjid Al-Mukminin, Datuk Ruslan Muharam bersama isteri menyertai Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib bersama jemaah. Majlis ini turut diserikan dengan penyerahan sumbangan bakul makanan kepada sembilan orang anak yatim serta sumbangan buah kurma kepada pihak masjid sebagai tanda kebersamaan dalam menghidupkan Ramadan.

“Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk mengisi jiwa dengan rasa syukur dan kasih sayang. Kehadiran anak-anak yatim dalam majlis ini mengingatkan kita tentang tanggungjawab bersama untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib baik,” kata Ruslan yang juga ahli dewan undangan negeri lumadan.

Selesai di Masjid Al-Mukminin, beliau meneruskan program dengan menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid Kampung Kabajang Laut. Suasana di rumah Allah ini begitu damai, dipenuhi dengan kehangatan ukhuwah dan semangat Ramadan yang semakin menyerap ke dalam hati setiap jemaah. Sebagai tanda sokongan terhadap pengimarahan rumah ibadah, Datuk Ruslan turut menyerahkan sumbangan buah kurma kepada pihak masjid.

Program diteruskan di Surau Gelila Jaya, di mana Datuk Ruslan menyertai sesi bertadarus bersama jemaah. Setiap helaian Al-Quran yang dibaca mengingatkan tentang kebesaran-Nya serta kepentingan menjadikan kitab suci ini sebagai panduan hidup. Kehadiran beliau dalam sesi bertadarus turut menyuntik semangat kepada para jemaah untuk terus memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

Jemaah yang hadir menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan Datuk Ruslan yang terus komited dalam mendekati masyarakat serta menghidupkan amalan ibadah bersama komuniti setempat.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.