Iftar, Maghrib & Tarawih: Kebersamaan dalam Keberkatan.

Oleh : Mr Pai / Foto : Facebook DHRM 


LUMADAN, 21 Mac – Suasana bulan Ramadhan terus disemarakkan dengan majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Karangan, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah yang dihadiri oleh masyarakat setempat. Kehadiran jemaah yang begitu ramai menggambarkan semangat ukhuwah yang erat dalam kalangan penduduk.

YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, diwakili oleh Encik Sobri Haji Adis, Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) N.34 Lumadan, bagi menyampaikan salam serta tanda ingatan beliau kepada semua yang hadir. Turut serta ialah Ketua Daerah (KD) N.34 Lumadan, Tuan Haji Tajudin Haji Asari, yang bersama-sama penduduk menikmati juadah berbuka dan mengimarahkan masjid dengan solat berjemaah.

Seusai berbuka dan menunaikan solat Maghrib, perjalanan diteruskan ke Surau Kampung Jaya Baru, Lumadan untuk solat Isyak dan solat sunat Tarawih. Kehadiran jemaah yang menggalakkan di surau tersebut mencerminkan kecintaan masyarakat terhadap ibadah serta komitmen mereka dalam menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan amal soleh.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ruslan menyatakan bahawa beliau berharap majlis-majlis seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan sesama masyarakat, selain menyemarakkan semangat keagamaan dan membawa keberkatan kepada semua.

"Saya mendoakan agar kita semua terus diberikan kekuatan untuk memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya," katanya.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.