PENYERAHAN SURAT IKATAN TABUNG AMANAH LUMADAN SEJAHTERA.

Oleh : Mr Pai / Foto : Diyanah 

KOTA KINABALU, 24 Februari – Datuk Ruslan Muharam Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri ( Hal Ehwal Agama) menerima kunjungan hormat daripada Ketua Cawangan Amanah Raya Kota Kinabalu, Puan Saftuyah Adenan, di Pejabat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) bagi penyerahan dokumen ikatan Tabung Amanah Lumadan Sejahtera (TALS) di bawah Amahah Raya Malaysia.

Tabung ini diwujudkan sebagai satu inisiatif strategik untuk membantu masyarakat di DUN Lumadan dalam pelbagai aspek, termasuk bantuan bencana alam, sokongan pendidikan untuk pelajar golongan B40, serta bantuan kecemasan kepada mereka yang memerlukan.

Dengan kerjasama Amanah Raya, pengurusan dana ini akan menjadi lebih teratur dan telus, memastikan setiap sumbangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan sasaran.

"Tabung Amanah Lumadan Sejahtera ini bukan sekadar inisiatif kebajikan, tetapi satu komitmen berterusan untuk menjaga kesejahteraan rakyat di DUN Lumadan secara sistematik dan berkekalan," kata Ruslan menerusi Facebook.

Tambahnya lagi, dengan adanya tabung ini, kepentingan masyarakat yang memerlukan di Sabah khususnya kawasan lumadan dapat di jaga dan di bantu.

"Maklum tentang tabung ini akan di war warkan bagi memudahkan individu , badan NGO atau korporat / syarikat membuat sumbangan." Jelas Ruslan.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Cik Bibiyani Abdul Adis, Pegawai Perhubungan Khas ADUN N34 Lumadan, serta Encik Diuslin Augustine, PPM N34 Lumadan, yang sentiasa komited dalam memastikan kebajikan masyarakat Lumadan terus terpelihara.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Amanah Raya atas sokongan dan kerjasama ini serta berharap usaha ini dapat menjadi langkah signifikan dalam merealisasikan aspirasi Lumadan Sejahtera.

Hadir sama Encik Nipilso Neppelson Sofian.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.