Majlis Forum Ambang Ramadan di Istana Seri Kinabalu Serlahkan Keberkatan dan Ukhuwah.
KOTA KINABALU – Majlis Forum Ambang Ramadan 1446H yang diadakan di Istana Seri Kinabalu baru-baru ini berlangsung dengan penuh keberkatan, atas perkenan Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah, serta Yang Amat Berbahagia Toh Puan.
Dalam satu perkongsian di laman Facebook YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau memaklumkan bahawa majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bersama barisan kabinet kerajaan negeri, mencerminkan komitmen kepimpinan Sabah dalam memperkukuh nilai-nilai keislaman di ambang ketibaan bulan suci Ramadan.
Kemuncak majlis adalah Forum Perdana bertajuk "Keberkatan Ramadan" yang menampilkan panelis tersohor: Dato' Ustaz Mohammad Kazim Elias, Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah binti Syed Mohd Badiuzzaman Al-Yahya, Moderator dari JHEAINS
Perbincangan yang penuh pengisian itu menekankan kepentingan memanfaatkan Ramadan sebagai medan muhasabah diri, meningkatkan amal ibadah, dan menyuburkan kasih sayang sesama insan.
Ruslan Muharam yang juga ahli dewan undangan negeri Lumadan turut menyatakan harapan agar majlis ilmu seperti ini terus menjadi inspirasi dan landasan untuk masyarakat menyambut Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang dipenuhi ketakwaan.