Gotong-Royong Baik Pulih Rumah di Kg. Ulu Bukau Sempena Jelajah Ramadan RTM 2025.

Oleh : Mr Pai / Foto : Facebook sabahVfm 

Beaufort, 26 Februari 2025 – Kampung Ulu Bukau, Beaufort menjadi lokasi aktiviti gotong-royong yang giat dijalankan sebagai persediaan menyambut Jelajah Ramadan RTM 2025. Program ini bertujuan membantu membaik pulih rumah penduduk yang memerlukan, selain mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

Aktiviti ini melibatkan pasukan SabahVfm, UPPM N34 Lumadan, penduduk kampung, serta pelbagai pihak lain yang turun padang untuk memberikan sumbangan tenaga dan kepakaran. Dengan kehadiran Ramadan yang semakin hampir, usaha ini diharapkan dapat memberi keselesaan kepada penerima manfaat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.


Menurut Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap ADUN N34 Lumadan, beliau menyambut baik inisiatif ini dan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pasukan SabahVfm atas penganjuran program ini, serta kepada UPPM N34 Lumadan yang sentiasa komited dalam membantu masyarakat. Tidak lupa juga kepada penduduk kampung yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan gotong-royong ini. Usaha seperti ini membuktikan bahawa perpaduan dan semangat kesukarelawanan masih subur dalam komuniti kita. Semoga kebaikan yang dilakukan hari ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk terus membantu mereka yang memerlukan," kata Ruslan yang juga ahli dewan undangan negeri lumadan.

Program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan, tetapi juga menjadi pemangkin dalam membudayakan sikap prihatin dan cakna terhadap kesejahteraan masyarakat.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

USAHA BERTERUSAN YB DATUK HAJI RUSLAN MUHARAM MEMBANGUNKAN DUN N34 LUMADAN.

Sukan Bentuk Jati Diri, Rayyan Buktikannya.