Beaufort Show Meet & Up 3.0 Meriah.

Oleh : Mr Pai

Beaufort: Sebanyak 400 buah kenderaan menjayakan program Beaufort Meet & Up 3.0 yang diadakan di tapak tamu pekan Beaufort.

Program ini disempurnakan oleh Datuk Ruslan Muharam pembantu Menteri kepada Ketua Menteri yang melihat program ini ada keunikan tersendiri.

"Saya melihat program ini ada keunikanya, di mana kita dapat melihat kenderaan yang diubah suai berdasarkan kreativiti mereka bagi mencantikan kenderaan untuk menarik perhatian orang ramai." Kata Ruslan ketika ditemui media.

Tambahnya lagi, program ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak penganjur, peserta dan juga orang ramai yang datang menyaksikan pameran kenderaan.

"Program ini juga dapat memberikan ruang dan peluang kepada para peniaga kecil bagi menjual pelbagai jenis aneka makanan dan produk mereka, tidak ketinggalan juga kepada pengusaha home stay mendapat limpahan daripada program ini." Jelas Ruslan.
Ruslan turut memberi saranan kepada mereka yang berminat di dalam mengubah suai kenderaan agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Kepada semua pemilik kenderaan yang mempunyai minat di dalam mengubah suai kenderaan agar mematuhi garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan diri dan orang ramai." 

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.