85 Beg Darah Berjaya Diperolehi.
Oleh : Mr Pai
Beaufort: Sebanyak 85 beg darah berjaya diperolehi di dalam program derma darah yang berlansung di dewan Sri Dayang , Pekan Weston.
Program derma darah anjuran panel penasihat klinik kesihatan weston dengan kerjasama tabung darah hospital Beaufort dirasmikan oleh Datuk Ruslan Muharam ahli dewan undangan negeri N34 Lumadan.
Dalam ucapanya, beliau amat gembira melihat kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh jawatankuasa penganjur dan penduduk kampung.
"Usaha sebegini merupakan satu usaha yang murni, kerana ianya secara lansung dapat memberikan kesedaran kepada semua pihak bahawa menderma darah adalah hak dan tanggungjawab bersama."
Ruslan yang juga pembantu menteri kepada ketua menteri memberitahu bahawa tabung darah hospital Beaufort mengalami kekurangan darah pada masa kini.
"Dengan program derma darah ini amatlah bermakna sebagai usaha menghulurkan bantuan kepada pihak tabung darah hospital Beaufort dan pertolongan kepada golongan yang memerlukan." Kata Ruslan.
Dalam program ini juga , Ruslan melancarkan sukarelawan panel penasihat klinik kesihatan weston dan berharap program ini dapat diteruskan pada masa hadapan serta terus mendapat sokongan semua pihak.