"Saya Amat Berbangga." - Ruslan

Oleh : Mr Pai

Wakil Rakyat Lumadan Datuk Ruslan Muharam telah membuat naik satu perkongsian yang menarik perhatian natizen.

Dalam perkongsian beliau menyatakan rasa bangga terhadap kejayaan pelajar Kolej Komuniti Beaufort yang berjaya mengharumkan nama negara.

Dimana empat pelajar memperolehi kejayaan di Taipei International Culinary Challenge 2023 baru - baru ini menerusi acara ukiran buah pameran, ukiran buah dan sayur individu dan ukiran buah dan sayuran berpasukan.

"Tahniah saya ucapkan buat adik Shamsudin Amin, Mohd Iskandar Jiblin, Mohammad Syafiq Shamsudin dan Abdul Syukur Parhon kerana telah melakar kejayaan yang sangat membanggakan kita semua." Ciapnya.

Ruslan yang juga pembantu Menteri kepada Ketua Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Ketua pasukan yang juga seorang pensyarah kanan Kolej Komuniti Beaufort Mohd Yusof Yaakob atas bimbingan dan tunjur ajar sehingga mencapai kejayaan.

Ruslan juga meminta kepada masyarakat terutama golongan belia dan beliawanis agar menjadikan kejayaan mereka sebagai satu sumber inspirasi untuk terus berjaya di dalam apa juga bidang.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.