Program Kem @ TP Peringkat Daerah Beaufort Meriah.
Oleh : Mr Pai
Membakut : Program Kem @ TP dilaksanakan serentak seluruh negara ini termasuk Tabika Perpaduan peringkat daerah Beaufort melaksanakan program ini dengan jayanya di pantai pimping, Membakut.
Seramai lima puluh orang murid Tabika Perpaduan daripada lima buah Tabika Perpaduan iaitu tabika perpaduan rumah murah, pekan weston, klias baru, taman wawasan, dan gabungan suasa menjayakan program ini.
Antara pengisian program ini, sukaneka kanak - kanal, sukaneka ibu bapa (JPTP), aktiviti survival (ibu bapa memasak makanan tengah hari) dan pertandingan buku skrap rukun negara.
Wakil rakyat lumadan Datuk Ruslan Muharam ketika dihubungi berkata , program yang sangat memberikan kesan positif terhadap mengukuhkan perpaduan bermula di peringkat kanak - kanak lagi.
"Yang pasti mereka akan menjadi individu yang meneruskan perpaduan berbilang kaum dan kepercayaan agama." Kata Ruslan yang juga pembantu menteri kepada ketua menteri.
Tambahnya lagi, penglibatan ibu bapa di dalam program ini dapat memberikan contoh kepada anak - anak yang sedang membesar.
"Saya yakin dengan adanya program ini di seluruh negara, membangkitkan semangat perpaduan yang sangat diperlukan oleh negara." Jelas Ruslan.
Sementara itu, Jammaludin Abdul Rahman pegawai perpaduan daerah zon pendalaman bawah berkata program ini sangat berjaya.
"Program ini tercapai kerana mendapat kerjasama yang padu daripada ibu bapa serta penglibatan kanak - kanak Sebanyak 90%." Katanya kepada media selepas merasmikan program Kem @ TP.
Jelasnya lagi, program ini juga dapat mewujudkan saling kerjasama antara ibu bapa, guru dan penolong guru.
"Saya mengharapkan program ini dapat diteruskan termasuklah penambahan dana program agar pengisian program dapat di tambah lagi, selain itu saya juga berharap agar semua ibu bapa akan sentiasa menyokong setiap dasar dan perancangan yang telah Jabatan laksanakn."
Turut hadir Ag Zulfadli Ag Musa penolong pegawai perpaduan daerah Beaufort.