Penanaman Semula Pokok Perepat.

Oleh:Mr Pai
Beaufort: Sebanyak 450 bibit pokok perepat telah di tanam dengan keluasan tanah dua ekar di Kampung Nabahan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan.

Menurut ADUN Lumadan Ruslan, ini adalah menyahut seruan kerajaan untuk menanam seratus juta pokok menjelang tahun 2025 yang bertujuan mengekalkan dan menambah litupan hijau negara.

"Kita akan menarik pelancong datang apabila pokok ini sudah mencapai tempoh matang antara enam hingga lapan tahun , insya-allah proboscis monkey akan datang ke pokok perepat ini untuk mendapatkan sumber makanan." Kata Ruslan ketika ditemui media.
Ruslan menanam bibit pokok perepat.

Tambahnya lagi, pelancong akan datang ke Kampung Nabahan dengan keadaan sungai yang sangat cantik.

Penanaman pokok perepat ini juga dapat mencegah hakisan tanah tebing sungai dan dapat menyediakan makanan untuk kehidupan akuatik dan tempat habitat bagi sesetengah kehidupan liar.

Jelas Ruslan insiatif penanaman pokok perepat ini akan diteruskan ke beberapa sungai yang berpotesi untuk menarik perhatian pelancong.

"Program penanaman pokok inilah adalah satu jangka masa panjang, sekiranya fasa pertama ini berjaya dan fasa seterusnya akan diteruskan dan pihak komuniti boleh menjemput mana - mana bukan badan berkanun (NGO) sama ada dari dalam mahupun luar negara datang menyertai program penanaman pokok tersebut secara meluas." Kata Ruslan yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

Bersama menjayakan program penanaman pokok perepat, pejabat pejabat adun n34 lumadan, unit pemimpin pembangunan masyarakat n34 lumadan, mahkamah anak negeri n34 serta penduduk Kampung Nabahan.

Popular posts from this blog

Pemuda PBS Lumadan Tegas – Demonstrasi Liar Perlu Dikenakan Tindakan.

GRS N.34 Lumadan Sedia Hadapi PRN.

Jentera Wanita GRS Lumadan Mantap, Selesai Taklimat di Semua 13 PDM.